Sunday, 1 November 2015

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PENDERAAN KANAK-KANAK


               Sejak akhir-akhir ini,masyarakat kini rakus mengejar kebendaan dan semakin mengabaikan sikap prihatin terhadap masyarakat yang lain.Sesetengah ibu bapa terlalu mementingkan kerjaya daripada anak-anak mereka sendiri.Mereka terlau sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.Sikap keibubapaan dalam diri mereka semakin hilang tanpa mereka sedari.Oleh itu,kes penderaan kanak-kanak pada masa ini telah meningkat.Sifat belas kasihan terhadap anak-anak sudah tiada lagi.

               Kes penderaan terhadap kanak-kanak boleh berlaku dalam kalangan masyarakat kita kerana sudah tiada lagi nilai-nilai moral dalam diri mereka.Kerana mereka terlalu stres dengan tugas atau pekerjaan,stres yang dialami akan dilemparkan kepada anak-anak.Anak-anak yang menanti akan kepulangan ibu bapa akan dimarahi dan dipukul sehingga anak-anak menangis kesakitan dan terdapat lebam-lebam pada anggota badan.Ibu bapa yang melakukan perkara sedemikian tidak menghiraukan atau berasa belas kasihan terhadap anak-anak mereka yang mereka sakiti.Sifat perikemanusiaan dalam diri mereka sudah hilang dan kasih sayang mereka kepada anak-anak juga sudah berkurangan.


             Selain itu,pengetahuan agama dalam diri mereka sangat kurang dan terdapat juga sesetengah individu yang tidak tahu langsung tentang ilmu pengetahuan agama.Ilmu agama adalah sangat penting dalam hidup setiap individu.Agama akan memberi petunjuk kepada individu tentang sesuatu perkara baik dan buruk.Ibu bapa perlulah mendidik anak-anak merek tentang agama sejak kecil dan mengaplikasikan setiap ajaran agama dalam kehidupan.Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran,kita seharusnya membezakan perkara yang baik dan buruk kerana anak-anak adalah anugerah yang diberikan oleh Allah kepada kita untuk menyambungkan generasi pada masa hadapan.Sebagai ibu bapa,kita haruslah bersyukur dikurniakan anak dan bukannya mendera mereka.

               Selain itu,media massa juga mempengaruhi setiap lapisan masyarakat pada masa ini.Media massa yang memaparkan aksi ganas seperti di televisyen melalui rancangan WWE dapat kita saksikan.Aksi-aksi yang dipaparkan ini akan memanipulasikan pemikiran seseorang dan mengubah perwatakan seseorang individu itu menjadi ganas.Setiap aksi ganas yang mereka saksikan akan digunakan untuk mendidik anak-anak tanpa memikirkan kesan negatif perbuatan tersebut.Tanpa mereka sedari,perbuatan.Tanpa mereka sedari,perbuatan tersebut merupakan penderaaan kepada kanak-kanak.Sebagai ibu bapa yang baik kepada anak-anak,mereka perlulah mendidik anak-anak denagan cara yang betul dan tidak menyakiti anak-anak yang tidak bersalah.
 
               
           Penguatkuasaan undang-undang yang lemah tidak dapat membanteraskan kes penderaan kanak-kanak ini.Sebagai negara demokrasi berparlimen ini dan mempunyai undang-undang,pihak berkuasa haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya kepada ibu bapa yang melakukan penderaan kepada kanak-kanak.Ibu bapa atau penjaga yang melakukan penderaan terhadap kanak-kanak seharusnya diberikan balasan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.Ibu bapa haruslah sedar bahawa anak-anak bukanlah boneka yang tidak bernyawa dan tidak boleh diperlakukan seperti boneka.Apabila mereka sudah menyesali akan perbuatan mereka,nyawa anak sudah pun hilang dan tidak dapat dikembalikan.

                  Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab,mereka seharusnya sudah mengetahui cara-cara hidup berkeluarga dan cara-cara untuk menjaga dan mendidik anak-anak.Untuk menjayakan hal ini,Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan adalah sangat penting dijadikan bahan pembelajaran di sekolah kerana setiap perkara yang dipelajari dalam matapelajaran tersebut berkaitan dengan kehidupan yang kita jalani.Nilai-nilai moral seharusnya diaplikasikan dalam setiap lapisan masyarakat dalam kehidupan seharian di samping dapat membentuk warganegara yang bertamadun dan bertauliah.
                   


                    

                         

KESAN-KESAN PEMBUANGAN BAYI DI MALAYSIA


                     Pembuangan bayi yang sering berlaku di Malaysia sudah menjadi isu di dada akhbar mahupun di corong radio.Kes-kes pembuangan bayi ini kebanyakan dilakukan oleh remaja yang masih di bangku sekolah lagi mahupun dalam lingkungan umur 20-an.Jika kita melihat di muka depan akhbar,isu pembuangan bayi ini semakin serius sehingga ke hari ini dan para ibu yang membuang bayi tersebut seperti tidak mempunyai sifat belas kasihan terhadap bayi yang dibuang.Sedangkan haiwan mengasihi anak-anak mereka,apatah lagi kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras.Kes pembuangan bayi ini memberikan kesan terhadap bayi,kesan kepada ibu bayi berkenaan,kesan kepada institusi kekeluargaan dan kesan kepada agama.

                    Kes pembuangan bayi akan memberikan kesan kepada bayi tersebut.Sebagai contoh,bayi yang dilahirkan oleh remaja yang terlibat sama ada cukup bulan atau tidak,akan terbiar dan natijahmya terpaksa dibuang bagi menutup aib atau bi,bang ditangkap sehingga mendesak mereka membunuh bayi atau meninggalkan bayi tersepit di tempat sunyi.Bayi yang terselamat akan mengalami  banyak masalah termasuk identifikasi dan mempunyai masa hadapan yang suram dalam masyarakat kerana akan dikategorikan sebagai anak luar nikah atau anak tidak sah taraf.

                    Kesan terhadap ibu bayi pula ialah mereka mengalami jangkitan kuman kerana semasa mereka melahirkan anak, mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan.Selain itu,mereka juga mengalami kecederaan semasa melahirkan anak dan jua kehilangan darah yang banyak kerana mereka tidak mendapatkan bantuan pihak hospital semasa melahirkan anak.Mereka juga mengalami pelbagai masalah  dalam diri seperti kemurungan,hilang keyakinan diri dan juga mengalami masalah emosi.Perbuatan mereka sememangnya salah dari segi undang-undang,agama dan negara.

       Selain itu,isu pembuangan bayi ini akan memberikan kesan kepada institusi kekeluargaan.Apabila sesebuah institusi keluarga runtuh,keharmonian dan kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya.Ibu bapa akan berasa malu mempuyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya,Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke muka mereka.Jiran sekeliling juga memandang serong dan negatif kepada keluarga mereka.Disebabkan masalah pembuangan bayi juga,masalah perceraian juga berlaku.Ibu bapa remaj yang terlibat dengan perbuatan tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga nak yang lain terpaksa menanggung akibatnya.Sebagai ibu bapa,janganlah terus menyalahkan anak-anak mereka tetapi membantu dengan memberikan sokongan dan panduan untuk terus hidup.

                   Seterusnya,masalah pembuangan bayi ini akan memberikan kesan kepada agama.Agama  Islam akan dipandang rendah oleh agama yang lain kerana agama lain akan mengganggap agama Islam tidak menerapkan nilai yang murni kepada penganutnya,Penganut agama lain akan tidak yakin untuk mempelajari dan mendekati Islam.Malah mereka akan meletakkan perspektif yang negatif terhadap agama Islam.Keruntuhan akhlak pada generasi akan datang mungkin akan lebih teruk daripada hari ini kerana generasi kini mencerminkan peribadi generasi pada masa hadapan.

              Tidak dapat dinafikan bahawa pembuangan bayi memberikan kesan yang sangat besar kepada negara.Jatuh dan bangun sesebuah negara itu bergantung sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi pada masa ini.Antara kesan yang pastinya berlaku ialah pertumbuhan pembangunan terbantut serta ekonomi negara sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala sosial ini.Tambahan pula,perbelanjaan kerajaan turut meningkat untuk menampung bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat.Oleh itu,masalah pembuangan bayi ini perlulah dicegah dengan kadar yang segera dan memerlukan bantuan daripada pelbagai pihak yang berkenaan.
                       

                            

                            

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PENCULIKAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

             

        Kes penculikan kanak-kanak sering menjadi topik hangat sejak akhir-akhir ini.Sekarang,Malaysia bukanlah negara yang selamat lagi kerana isu penculikan ini sering terjadi di kawasan bandar.Kanak-kanak telah menjadi mangsa kerakusan manusia pada masa ini.Mereka menculik kanak-kanak tersebut,lalu membunuh serta mengambil organ dalaman mereka untuk dijual kepada negara luar,Sebagai contoh,mereka menjual organ buah pinggang di negara Thailand dengan harga yang sangat mahal.Jika mereka tidak membunuh kanak-kanak tersebut,mereka akan menggunakan kanak-kanak tersebut untuk meminta sedekah di negara luar seperti di Thaikand,Indonesia dan sebagainya.Terdapat juga agen peminta sedekah ini yang mengawasi pergerakan kanak-kanak tersebut untuk mengelakkan kanak-kanak tersebut daripada melarikan diri.

                       Punca-punca berlakunya penculikan dalam kalangan kanak-kanak ialah sikap ibu bapa kaak-kanak itu sendiri.Ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak.Mereka juga meletakkan tanggungjawab menjaga kebajikan anak-anak kepada orang gaji semata-mata.Terdapat juga ibu bapa yang gagal memberikan kasih sayang serta penjagaan yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka.Merka juga langsung tidak kisah terhadap perkembangan anak-nak mereka.Hal ini memudahkan penjahat untuk mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak yang terbiar.Oleh itu,wujudnya kes-kes pemerdagangan manusia seperti penculikan kanak-kanak yang berlaku pada hari ini.Kelonggaran penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa juga menyebak kes penculikan ini semakin menular hari demi hari.

                    Seterusnya,penculik juga ingin mendapatkan wang tebusan dengan cara yang mudah dan lumayan.Merka tahu ibu bapa sanggup menggadaikan apa sahaja untuk anak-anak mereka.Oleh itu mereka menggunakan kanak-kanak tersebut sebagai jalan untuk mereka mendapatkan wang dengan lumayan.Terdapat juga penculik yang tidak menginginkan wang tebusan tetapi merek amenggunakan kanak-kanak tersebut sebagai peminta sedekah.Mngsa akan dicacatkan anggota badannya supaya tidak dikenali dan meraih simpati masyarakat.Dengan menjadi peminta sedekah,akan menjana sumber pendapatan mereka.

                Selain itu,punca-punca berlakunya kes penculikan ini ialah kawasan kediaman yang kurang selamat.Terdapat juga kawasan kediaman yang sunyi sepertinya di kawasan bandar.Kawasan yang sunyi dan gelap memudahkan penculik untuk mengecam rumah-rumah yang menjadi sasaran mereka.Sebelum melakukan penculikan,mereka mestilah mengecam rumah kanak-kanak yang menjadi sasaran mereka untuk diculik.Ibu bapa haruslah mengawasi pergerakan anak-anak mreka supaya tidak berada di luar rumah pada waktu yang tidak sesuai.Oleh itu,mereka juga harus memantau aktiviti anak-anak mereka khususnya pada waktu petang.Sebagai contoh,jika anak-anak mereka sedang bermain di taman permainan,ibu bapa haruslah berada berdekatan bsersama mereka.Ibu bapa juga tidak harus membiarkan anak-anak mereka bersendirian tanpa mereka di sisi.

                   Seterusnya sikap masyarakat setempat yang tidak mengambil berat terhadap persekitaran sekeliling.Sebagai contoh,jiran tetangga yang tinggal di kawasan perumahan masing-masing membuat hal mereka sendiri tanpa mengambil berat terhadap jiran yang lain.Mereka perlulah mengambil tindakan yang segera sekiranya mereka ternampak anak jiran mereka diculik.Jika mereka tidak mengambil tahu akan hal ini,maka sulitlah untuk ibu bapa mangsa penculikan membuat laporan polis.Oleh itu,masyarakat memainkan peranan yang penting dalam membendung isu penculikan yang sering berlaku kepada kanak-kanak.Mereka perlu berganding bahu sesama penduduk jiran yang lain jika ternampak kes penculikan kanak-kanak berlaku di taman perumahan mereka.

                    Penculikan yang sering berlaku kepada kanak-kanak akan dapat dibendung sekiranya terdapat penguatkuasaan undang-undang yang ketat oleh pihak berkuasa.Hukuman yang berat haruslah dikenakan kepada penculik yang tidak berperikemanusiaan.Sebagai contoh,kes penculikan kanak-kanak yang diculik kemudian dibunuh dengan kejam iaitu Nurin Jazlin perlulah dibawa ke muka pengadilan supaya penculik tersebut mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukannya kepada kanak-kanak tersebut.Kes penculikan ini perlulah mempunyai kerjasama daripada pihak masyarakat dan pihak kerajaan agar kes penculikan ini akan berkurang hari demi hari.Oleh itu,pihak kerajaan juga tidak ketinggalan dalam menbendung kes penculikan ini berlaku dengan lebih kerap lagi.
                   

                   

                           

                            

                          

                                    

Tuesday, 6 October 2015

JEREBU


          Pada masa ini, berita mengenai jerebu acap kali didengari di corong radio mahupun di dada akhbar.Kejadian jerebu yang berlaku di Malaysia pada kali ini mencatatkan indeks pencemaran udara(IPU) yang terburuk.Jerebu yang berlaku memberikan kesan sampingan kepada penduduk Malaysia khususnya kepada kanak-kanak dan golongan warga emas.Tindakan dengan kadar yang segera perlu diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar bacaan indeks pencemaran udara(IPU).


           Jerebu merupakan peningkatan bahan terampai dalam atmosfera melebihi dua kali ganda jumlah yang berkeadaan normal mengikut indeks pencemaran udara,Bahan-bahan yang terampai seperti habuk,debu,jelaga,asap yang dihasilkan oleh fenomena alam semulajadi seperti letusan gunung berapi dan kebakaran hutan.jerebu yang berlaku adalah disebabkan juga oleh aktiviti manusaia seperti kegiatan perindustrian dan pembakaran terbuka.Hal ini adalah kerana,aktiviti ini akan menyebabkan berlakunya jerebu dengan kadar yanng segera.Indeks pencemaran udara akan meningkat secara mendadak.Jarak penglihatan akan menjadi terhad kerana berlakunya jerebu iaitu kurang daripada 1 kilometer.



            Jerebu mempunyai kandungan partikel terampai yang terdiri daripada asap kebakaran hutan,debu letusan gunung berapi,asap kenderaan dan lain-lain.Kebakaran hutan yang berlaku secara semulajadi akan menyebabkan berlakunya jerebu.Asap yang terhasil daripada kebakaran hutan mempunyai partikel terampai iaitu debu yang berterbangan seterusnya akan menyebabkan negara jiran juga mengalami bencana alam seperti jerebu.Sebagai contoh,masalah jerebu yang berlaku baru-baru ini adalah disebabkan kebakaran hutan di Sumatera,Indonesia dan kemungkinan besar akan bertambah buruk akibat tempias kesan fenomena El Nino yang menjadikan cuaca setempat menjadi kering ekoran kehadiran hujan yang terhad.Kadar bacaan indeks pencemaran udara(IPU) di Shah Alam mencatatkan sebanyak 299 pada 4/10/2015 dan telah berkurangan sehingga 98 pada 6/10/2015.Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kebakaran hutan di Sumatera telah berkurangan dalam tempoh tiga hari ini.

             Punca-punca berlakunya jerebu juga boleh dikaitkan dengan fenomena letusan gunung berapi.Sulfur dioksida yang dibebaskan ke udara dan debu-debu yang berterbangan ke udara akan menyebabkan berlakunya jerebu.Selain itu,kegiatan perindustrian yang kian pesat membangun juga merupakan salah satu punca berlakunya jerebu.Asap kilang yang dibebaskan ke udara  mempunyai komponen gas yang berbahaya seperti sulfur dioksda,nitrogen dioksida,karbon monoksida dan sebagainya.Penggunaan kenderaan bermotor dalam kalangan penduduk di Malaysia harus dikurangkan.Hal ini adalah kerana,asap daripada kenderaan bermotor seperti karbon monoksida adalah sangat berbahaya kerana akan mengurangkan jumlah oksigen dalam darah seterusnya mengurangkan keupayaan untuk beriadah.

              Jerebu yang berlaku akan memberikan kesan buruk kepada penduduk di negara kita.Sebagai contoh,komponen gas seperti sulfur dioksida akan mengganggu saluran pernafasan bagi penghidap penyakit asma dan batuk seterusnya akan menyukarkan mereka untuk bernafas,Jarak penglihatan juga akan menjadi terhad sebanyak 1 kilometer akibat jerebu.Proses fotosintesis akan juga terjejas akibat daripada tidak mendapat cahaya matahari yang mencukupi.Hal ini akan mengurangkan produktiviti dalam sektor pertanian.Jerebu juga akan meningkatkan suhu tempatan ke paras yang lebih tinggi dan akan memberikan kesan kepada rumah hijau.Selain itu,jerebu juga akan menghalang pembalikan bahangan matahari ke atmosfera.

               Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan berlakunya jerebu iaitu menguatkuasakan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.Denda,kompaun,penarikan lesen kepada pihak yang menyumbang kepada pencemaran udara haruslah dilakukan.Selain itu, melalui pendidikan juga boleh diterapkan nilai-nilai moral iaitu dengan mengadakan kempen sayangi alam sekitar.Kesimpulannya,jerebu akan dapat dibendung sekiranya terdapat pelbagai pihak berganding bahu untuk mencegahnya daripada berlaku di negara kita.