Pada masa ini, berita mengenai jerebu acap kali didengari di corong radio mahupun di dada akhbar.Kejadian jerebu yang berlaku di Malaysia pada kali ini mencatatkan indeks pencemaran udara(IPU) yang terburuk.Jerebu yang berlaku memberikan kesan sampingan kepada penduduk Malaysia khususnya kepada kanak-kanak dan golongan warga emas.Tindakan dengan kadar yang segera perlu diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar bacaan indeks pencemaran udara(IPU).
Jerebu merupakan peningkatan bahan terampai dalam atmosfera melebihi dua kali ganda jumlah yang berkeadaan normal mengikut indeks pencemaran udara,Bahan-bahan yang terampai seperti habuk,debu,jelaga,asap yang dihasilkan oleh fenomena alam semulajadi seperti letusan gunung berapi dan kebakaran hutan.jerebu yang berlaku adalah disebabkan juga oleh aktiviti manusaia seperti kegiatan perindustrian dan pembakaran terbuka.Hal ini adalah kerana,aktiviti ini akan menyebabkan berlakunya jerebu dengan kadar yanng segera.Indeks pencemaran udara akan meningkat secara mendadak.Jarak penglihatan akan menjadi terhad kerana berlakunya jerebu iaitu kurang daripada 1 kilometer.
Jerebu mempunyai kandungan partikel terampai yang terdiri daripada asap kebakaran hutan,debu letusan gunung berapi,asap kenderaan dan lain-lain.Kebakaran hutan yang berlaku secara semulajadi akan menyebabkan berlakunya jerebu.Asap yang terhasil daripada kebakaran hutan mempunyai partikel terampai iaitu debu yang berterbangan seterusnya akan menyebabkan negara jiran juga mengalami bencana alam seperti jerebu.Sebagai contoh,masalah jerebu yang berlaku baru-baru ini adalah disebabkan kebakaran hutan di Sumatera,Indonesia dan kemungkinan besar akan bertambah buruk akibat tempias kesan fenomena El Nino yang menjadikan cuaca setempat menjadi kering ekoran kehadiran hujan yang terhad.Kadar bacaan indeks pencemaran udara(IPU) di Shah Alam mencatatkan sebanyak 299 pada 4/10/2015 dan telah berkurangan sehingga 98 pada 6/10/2015.Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kebakaran hutan di Sumatera telah berkurangan dalam tempoh tiga hari ini.
Punca-punca berlakunya jerebu juga boleh dikaitkan dengan fenomena letusan gunung berapi.Sulfur dioksida yang dibebaskan ke udara dan debu-debu yang berterbangan ke udara akan menyebabkan berlakunya jerebu.Selain itu,kegiatan perindustrian yang kian pesat membangun juga merupakan salah satu punca berlakunya jerebu.Asap kilang yang dibebaskan ke udara mempunyai komponen gas yang berbahaya seperti sulfur dioksda,nitrogen dioksida,karbon monoksida dan sebagainya.Penggunaan kenderaan bermotor dalam kalangan penduduk di Malaysia harus dikurangkan.Hal ini adalah kerana,asap daripada kenderaan bermotor seperti karbon monoksida adalah sangat berbahaya kerana akan mengurangkan jumlah oksigen dalam darah seterusnya mengurangkan keupayaan untuk beriadah.
Jerebu yang berlaku akan memberikan kesan buruk kepada penduduk di negara kita.Sebagai contoh,komponen gas seperti sulfur dioksida akan mengganggu saluran pernafasan bagi penghidap penyakit asma dan batuk seterusnya akan menyukarkan mereka untuk bernafas,Jarak penglihatan juga akan menjadi terhad sebanyak 1 kilometer akibat jerebu.Proses fotosintesis akan juga terjejas akibat daripada tidak mendapat cahaya matahari yang mencukupi.Hal ini akan mengurangkan produktiviti dalam sektor pertanian.Jerebu juga akan meningkatkan suhu tempatan ke paras yang lebih tinggi dan akan memberikan kesan kepada rumah hijau.Selain itu,jerebu juga akan menghalang pembalikan bahangan matahari ke atmosfera.
Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan berlakunya jerebu iaitu menguatkuasakan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.Denda,kompaun,penarikan lesen kepada pihak yang menyumbang kepada pencemaran udara haruslah dilakukan.Selain itu, melalui pendidikan juga boleh diterapkan nilai-nilai moral iaitu dengan mengadakan kempen sayangi alam sekitar.Kesimpulannya,jerebu akan dapat dibendung sekiranya terdapat pelbagai pihak berganding bahu untuk mencegahnya daripada berlaku di negara kita.

No comments:
Post a Comment